DOTS2 – MEMPERKENALKAN KOMUNITI PEMINAT MALAYSIA

Saya amat berbangga menjadi Cassiopeia berwarganegara Malaysia.<3
Cassiopeia Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2006 – pada tahun dimana DBSK menganjurkan konsert jelajah antarabangsa pertama di Malaysia.Stadium Bukit Jalil telah dipilih menjadi tempat untuk konsert tersebut, begitu juga dengan konsert jelajah Asia yang kedua pada tahun berikutnya.
Cassiopeia Malaysia secara asasnya adalah seperti Cassiopeia lain seluruh dunia; kami berjanji untuk kekal mempercayai(Always Keep The Faith)! Jadi apa yang membuatkan komuniti peminat kami istimewa?Kerana Cassiopeia Malaysia datang daripada etnik, bangsa dan agama yang berbeza, ini juga adalah sesuatu yang saya banggakan. Seperti yang diketahui seluruh dunia, Malaysia adalah negara berbilang kaum, yang menjelaskan kenapa kami mempunyai Cassiopeia yang berbangsa Melayu, Cina, India, Sikh, Iban dan Kadazan-Dusun. Ini hanyalah sebahagian daripada pelbagai bangsa dan etnik Cassiopeia Malaysia. Kami semua, tidak mengira perbezaan budaya dan kepercayaan, bersatu dibawah Cassiopeia Malaysia.

Apabila Jaejoong, Yoochun dan Junsu mengambil keputusan untuk menyaman SM kerana kontrak “hamba abdi”(slave contract) , secara peribadinya saya percaya semua Cassiopeia Malaysia menyokong sepenuhnya keputusan meraka. Walaupun ia bermakna meninggalkan Yunho dan Changmin, secara jujurnya, amat menyakitkan kami. Tetapi, kami percaya JYJ mengetahui dengan lebih dalam tindakan mereka dan meraka adalah tidak bersalah.

17 Oktober 2010 merupakan hari yang amat bermakna bagi Cassiopeia Malaysia! Kami diberikan peluang keemasan untuk melihat JYJ dalam persembahan langsung untuk persembahan Malaysia mereka.<3 Ia adalah hari yang tidak dapat dilupakan untuk kami semua – sebagai Cassiopeia Malaysia – apabila tuhan menunaikan permintaan kami agar JYJ mengadakan persembahan di Malaysia. Hari itu merupakan hari istimewa untuk Cassiopeia Malaysia untuk menunjukan mereka kasih sayang yang tidak dapat dinafikan, yang juga berterusan dan tidak akan berhenti untuk mereka. Kami melakukan agak banyak sorakan semasa persembahan; tidak dilupakan, semua banner yang dibuat oleh Cassiopeia Malaysia ^^! Ia adalah suatu perasaan yang tidak dapat dijelaskan apabila sekali lagi dapat melihat lautan merah Cassiopeia Malaysia di Stadium Merdeka. Malah, Cassiopeia Malaysia mendermakan USD$10,000 kepada World Vision atas nama JYJ! =) Ini menunjukkan bahawa kami tidak hanya prihatin dan mengambil berat terhadap idola kegemaran kami, JYJ, tetapi juga mereka yang kurang bernasib baik di sekeliling kita. ^^

Bercakap mengenai komuniti peminat, sebenarnya terdapat banyak peminat TVXQ di sini. Tetapi, kebanyakan kami merahsiakan nya. Kebanyakan meraka adalah peminat”One True 5” (OT5). Jadi, sekarang pergi kepada laman web terbesar untuk peminat Kpop, saya amat yakin semua orang mengetahuinya. Sumber utama dalam komuniti peminat antarabangsa Kpop adalah AllKpop. Maaf kerana terpaksa menyatakan bahawa, laman ini sering memberikan maklumat yang salah atau berat sebelah.
Terdapat juga laman web peminat antarabangsa yang lain seperti SharingYoochun(SYC) dan DBSKnight. Secara peribadinya, saya belum lagi melihat laman peminat Malaysia untuk JYJ/TVXQ. Kebanyakannya adalah blog peribadi.
Asas peminat di Malaysia adalah tidak tersusun, mungkin kerana kami adalah baru berbanding komuniti peminat di China dan Jepun. Dari pandangan saya, cara untuk kami berhubung antara satu sama lain adalah terhad! Kumpulan peminat kecil adalah berselerak disana sini!
Secara jujurnya, saya telah menjadi peminat yang pasif selama ini kerana masalah komitmen peribadi, tetapi rasanya ia akan berubah mulai sekarang ^^! Baru-baru ini, saya menyertai Twitter dan menemui peminat JYJ yang lain. =) Terima Kasih kepada internet, dan secara spesifiknya laman web sosial seperti Facebook dan Twitter, komuniti peminat membesar dari hari ke hari. I berharap agar Cassiopeia Malaysia di luar sana tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin dan membuat membuat kesimpulan yang salah. I amat berharap agar semua di luar sana – terutama Cassiopeia – tidak akan membuat tuduhan terhadap JYJ atau menyerang(bash) mereka.
Secara singkatnya, Saya berbangga menjadi Cassiopeia Malaysia dan berjanji untuk kekal mempercayai JYJ (Always Keep The Faith) <3.

Advertisements
This entry was posted in Bahasa Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s