DOTS2 – MEMPERKENALKAN KOMUNITI PEMINAT MEXICO

Hello peminat antarabangsa!
Sila berikan peluang kepada saya kini untuk bercerita kepada anda tentang komuniti peminat di Mexico.

Kebanyakan peminat yang telah saya temu bual bersetuju bahawa mereka mengetahui akan kewujudan lima orang ahli TVXQ (TVXQact1) melalui video, lagu yang didengari daripada drama, layar perak, siri anime atau melalui rakan yang memberitahu mereka, ” Hey! Dengarlah lagu kumpulan nie, sedap sangat.” Jangka masa ketika album Mirotic besar kemungkinan adalah jangka masa yang paling menarik perhatian ramai peminat, diserikan lagi dengan videonya yang menarik. Selepas mendengar lagu tersebut, peminat bergegas mencari maklumat mengenai kumpulan ini serta setiap ahli-ahlinya. Begitulah bagaimana kebanyakan daripada kami menjadi peminat kepada TVXQact1.

Peminat biasanya mengumpul maklumat mengenai aktiviti TVXQact1/JYJ serta aktiviti solo setiap individu daripada Kpop forum, laman web atau laman peminat dan laman-laman web yang lain. Bagi mereka yang mampu memahami Bahasa Inggeris, mereka akan terus melayari laman web dalam bahasa tersebut (laman web dan laman peminat yang paling popular biasanya ditulis dalam Bahasa Inggeris) walaupun begitu, kami harus mengatakan bahawa masih terdapat banyak laman peminat di Spain yang turut agak terkenal. Justeru, laman-laman peminat inilah yang menjadi sumber penyampai maklumat buat kami, serta tidak dilupakan Twitter dan YouTube.

Mexico boleh dikatakan agak besar. Namun begitu, orang-orang Mexico hanya mempunyai laman-laman peminat yang terhad. Kebanyakan peminat Mexico adalah ahli kepada forum dan laman-laman lain di negara-negara Amerika Latin dan luar negara. Peminat dari negara kami tidak mempunyai laman untuk membaca maklumat dalam bahasa Mexico dengan jelas dan nyata, mungkin disebabkan perpecahan yang berlaku di negara kami. Komuniti peminat di sini mempunyai masalah perselisihan pendapat dan pandangan yang berbeza mengenai organisasi ini dan pelantikan ketua, yang merupakan antara masalah utama mengapa kami tidak membenarkan komuniti ini menjadi kesatuan yang lebih besar.

Walaupun JYJ/ TVXQact1 tidak pernah mengadakan apa-apa aktiviti di negara kami dan para peminat di sini tidak pernah menyaksikan konsert live mereka, kami sentiasa menyokong dengan mutlak tanpa apa-apa syarat. Malahan perbezaan pendapat dan perselisihan faham antara kami tidak bererti apa-apa apabila ia tentang menunjukkan kasih sayang kami kepada mereka. Mexico tidak berat sebelah dengan menyokong mana-mana pihak, kami adalah hati berwarna merah yang berdegup dengan pantas. Walaupun kami tahu bahawa mustahil untuk mereka mengetahui tentang peminat negara kami yang sentiasa menyokong dan menanti mereka dengan penuh keyakinan dan kesetiaan memandangkan negara kami agak berjauhan dengan negara mereka di sebelah sana, kami di sini sentiasa berbesar hati untuk menunjukkan dan menyampaikan rasa kasih sayang dan terima kasih kami kepada mereka.

Advertisements
This entry was posted in Bahasa Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s