DOTS2 – MEMPERKENALKAN KOMUNITI PEMINAT ARGENTINA

Komuniti peminat Argentina adalah kecil jika dibandingkan dengan negara-negara lain di kawasan sekitarnya. Walaupun begitu, ia semakin mendapat melalui anime dan sebagainya, yang menyebabkan jumlah para peminat semakin bertambah secara perlahan-lahan. Pada tahun lepas, komuniti peminat telah bertambah dengan pelbagai cara.

Gelombang Korea mula melanda Argentina pada tahun 2007. TVXQ adalah salah satu daripada sebab utama, walaupun sebelum ini sebenarnya masih terdapat peminat Korea. Apabila gelombang ini semakin kuat, acara perjumpaan bersama peminat telah diadakan. Melalui TVXQ, semakin ramai orang mula berminat terhadap kumpulan Kpop yang lain. Walaupun begitu, peminat TVXQ masih merupakan merupakan majoriti daripada kesemua peminat Kpop.

Komuniti peminat di sini adalah pelbagai. Terdapat peminat yang terdiri daripada lapisan ekonomi, tahap pendidikan, kawasan dan wilayah serta umur yang berbeza. Penekanan khusus harus diberi di bandar Buenos Aires, di mana kebanyakan acara perjumpaan bersama peminat diadakan. Jumlah peminat yang semakin bertambah juga dapat dilihat di acara perjumpaan bersama peminat serta di forum-forum online.

Peminat Argentina sangat menyeronokkan; kami mempunyai cita rasa jenaka yang berbeza, kadangkala kami suka menyindir, manakala pada masa yang lain kami agak kejam – dalam cara yang baik – dan pada masa yang lain pula kami menjadi orang yang sangat manis. Walaupun begitu, ini tidak bermakna kami tidak boleh duduk bersama dan berbincang secara serius dan melupakan segala perselisihan pendapat yang terjadi sesama kami sewaktu perbincangan untuk menganjurkan projek. Projek-projek tersebut termasuklah sewaktu memesan CD/DVD atau survei, lebih-lebih lagi di peringkat kebangsaan, untuk mempromosikan TVXQ supaya mereka dapat menang, agar mereka menjadi lebih terkenal di Argentina.

Selain itu, peminat Argentina merupakan peminat yang sangat bersemangat; kami mungkin tidak sentiasa bersama dalam semua hal tetapi kami semua amat bersatu hati apabila ia tentang menyayangi dan melindungi JYJ. Kami semua mempunyai persamaan tentang satu perkara: kami mempunyai perasaan yang sama terhadap mereka dengan kekuatan yang sama, hanya itu sahaja yang harus kami ketahui. Ikatan seumpama ini sangat sukar untuk ditemui dan dicipta, kami memiliki ikatan ini dan kami menyayanginya.

Laman peminat utama kami merupakan laman yang sering dilayari oleh para peminat untuk mendapatkan maklumat dan mengenali para peminat yang lain. Laman-laman peminat seperti My Destiny dan Pentagram, merupakan laman web yang didedikasikan eksklusif buat TVXQ/JYJ. Laman-laman ini sering bekerja keras untuk mempromosikan mereka dan mengaturkan acara perjumpaan bersama peminat dan pelbagai projek lain. Di samping itu, Xiahpopjuga memberi maklumat kepada kami mengenai dunia Kpop memandangkan laman ini sentiasa membawakan berita yang terkini.

Advertisements
This entry was posted in Bahasa Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s