DOTS2 – MEMPERKENALKAN KOMUNITI PEMINAT FILIPINA

Televisyen di Filipina telah didominasi oleh orang-orang Korea tidak lama dahulu disebabkan oleh drama hits Korea. Malahan sekarang, muzik dan tarian mereka telah menjadi ikutan lebih-lebih lagi oleh para remaja walaupun mereka tidak memahami maksud lirik lagu tersebut.

Pada bulan Januari 2006, kumpulan penyanyi lelaki paling terkenal dan diminati ramai di Korea, TVXQ telah datang ke Filipina untuk penggambaran iklan Ramodo mereka. Hanya beberapa orang peminat yang mengunjungi lokasi penggambaran mereka memandangkan pada ketika itu penyanyi Korea tidaklah begitu terkenal. Mereka (TVXQ) telah dikenali sebagai artis Korea pertama yang telah datang ke Filipina. Itu merupakan kali pertama dan kali terakhir mereka datang ke sini. Walaupun begitu, TVXQ telah berjaya mewujudkan komuniti peminat mereka sendiri di sini.

Walaupun bilangan komuniti peminat tersebut bukanlah terlalu banyak, tetapi komuniti peminat TVXQ sememangnya tergila-gilakan idola mereka. Para peminat sanggup membeli CD, DVD, poster, koleksi gambar yang dibuku dan diterbitkan serta barangan-barangan TVXQ yang lain yang didatangkan khas dari Korea. Sesetengah daripada komuniti peminat ini, malahan sanggup pergi ke negara-negara seperti Thailand dan Korea semata-mata untuk menonton konsert mereka. Dan apa yang lebih mengejutkan saya adalah kerana terdapat sesetengah peminat yang sanggup belajar Bahasa Korea hanya disebabkan oleh TVXQ. Tetapi malangnya, Filipina tidak pernah termasuk dalam jadual jelajah konsert mereka. sad.gif

Kami semua amat berterima kasih kepada pihak Allkpop, Youtube dan laman-laman peminat Korea yang lain yang sentiasa membantu memastikan kami mengetahui perkembangan tebaru mengenai aktiviti kumpulan, konsert dan isu semasa tentang mereka. Buat masa sekarang, saya percaya bahawa tidak terdapat sebarang laman peminat Filipina yang membawakan berita-berita terkini dari Korea melainkan Cassiopeia Filipina yang sekiranya tidak salah saya merupakan komuniti peminat yang paling terkenal dan paling boleh dipercayai antara komuniti peminat TVXQ di sini.

Buat masa sekarang, walaupun TVXQ telah berpecah, masih terdapat peminat yang terus menyokong mereka sebagai JYJ dan TVXQ. Dan disebabkan oleh pengaruh gelombang Hallyu, jumlah peminat semakin bertambah setiap hari dan dijangka akan semakin bertambah disebabkan oleh album JYJ dalam Bahasa Inggeris, yang sememangnya dapat difahami oleh oleh orang-orang Filipina memandangkan Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa. JYJ/TVXQ1 tidak pernah mengadakan konsert di sini, jadi pada pendapat saya, daripada semua negara di Asia ini, peminat Filipina merupakan peminat yang paling teringin untuk melihat mereka secara dekat. Kami benar-benar berharap untuk bertemu dengan JYJ di sini.

Marilah kita sama-sama menyebarkan kasih sayang JYJ. smile.gif

Advertisements
This entry was posted in Bahasa Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s