DOTS26- Perintah Mahkamah Menyatakan Bahawa SM Perlu Membayar Sebanyak 20 Juta KRW

Terjemahan BM oleh RaiwadaDOT_Malaysia

Setelah Mahkamah Utama Wilayah Seoul menolak kedua-dua perintah SM Entertainment terhadap JYJ pada minggu yang lalu, hakim Kim Daewong telah memutuskan untuk mengenakan sejumlah bayaran terhadap SM Entertainment setiap kali mereka cuba mengganggu atau masuk campur dalam aktiviti JYJ. Melalui satu sidang akhbar, pada tarikh 21 Februari, agensi yang memangku JYJ buat masa ini berkata, “SM Entertainment tidak dibenarkan untuk mengganggu sebarang aktiviti JYJ dan harus membayar 20,000,000 KRW setiap kali mereka melanggar perintah mahkamah ini.”

Mahkamah telah memutuskan bahawa terdapat kemungkinan SM Entertainment akan mengganggu aktiviti-aktiviti JYJ, dan dalam kes ini, sekiranya mereka mengganggu, perintah ini berkuatkuasa. Untuk mengelakkan kemungkinan sebarang gangguan, mahkamah telah memerintahkan perintah penahanan (restraining order) terhadap SM Entertainment.

Walaupun perintah mahkamah memihak pada JYJ, Baek Changjoo wakil daripada C-Jes Entertainment berkata, “Masih terdapat banyak halangan untuk ditempuhi. Terdapat banyak perkara yang harus diselesaikan walaupun keputusan mahkamah telah memihak pada kami. Saya berharap orang awam dan para peminat menyokong pihak kami dan membantu mewujudkan suatu sistem selebriti yang lebih maju dan progresif. ”

Pautan: https://jyj3.wordpress.com/2011/02/23/news-…jyj-activities/
Sumber: Hankyung
Kredit: Koreaboo

Advertisements

About Kelsie Angeletti

Hello and welcome! A name is used to communicate an entire concept in a word or phrase; a sort of introduction if you will. After much contemplation I decided to name the blog "Miscellaneous Stuff” due to the nature of topics. Here you will find the wranglings of my heart and the thoughts of a girl as she proceeds throughout life. I invite you to join me as I write about “A Miscellaneous Life.”
This entry was posted in Bahasa Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s