DOTS23-Tuntutan Mahkamah JYJ, Penghujung Kepimpinan Kebapaan (Patriarchal) Lee Soo Man oleh Dogsul

Semalam, Mahkamah Utama Wilayah Seoul (Jabatan Kes-kes Sivil 50, Pegawai Pendakwa Utama: Seong Joon Choi) memutuskan untuk menyingkirkan kedua-dua bantahan SM Entertainment (SME) terhadap perintah (injuksi) sementara JYJ (Kim Jaejoong, Kim Junsu, Park Yuchun), dan injuksi SME untuk menamatkan kontrak pengurusan mereka dengan C-Jes Entertainment. Walaupun tuntutan deklaratori (pengisytiharan guaman) ini masih tergantung, setelah menilai keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah yang telah menyingkirkan bantahan-bantahan yang dikemukakan SME, jujurnya, penghakiman tuntutan mahkamah yang asal boleh dikatakan telah dibuat melebihi 51%)

Terlebih dahulu, mari kita mengkaji mengapa mahkamah menyingkirkan (menolak) bantahan-bantahan tersebut.

– Kontrak eksklusif dalam kes ini adalah suatu kontrak yang menonjolkan pekerja (kakitangan) bawahan iaitu seseorang penghibur itu tidak mempunyai hak dalam proses membuat keputusan, dan hanya perlu mengikut arahan dari satu pihak iaitu daripada syarikat pengurusan.

– Kerana ahli-ahli JYJ sebagai satu pihak mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada SME dalam rundingan, mereka harus mengikuti langkah-langkah yang telah dibuat oleh SME.

Prateksnya, seperti risiko pengurangan dalam pelaburan (perniagaan) atau sebuah perluasan antarabangsa yang stabil, tidak membenarkan kontrak eksklusif subordinat (kakitangan bawahan) yang terlalu panjang seperti kes kontrak ini.

– Kerana bukan sahaja kontrak jangka masa panjang, tetapi klausa-klausa (fasal-fasal) seperti perintah SM dan penyeliaan terhadap setiap tindakan JYJ dan denda yang berlebihan terhadap pembatalan kontrak untuk memperhebatkan lagi subordinasi kes kontrak ini, tetapi mereka juga secara tidak langsung tidak berpihak kepada ahli JYJ, maka mereka adalah tidak sah.

Disebabkan alasan-alasan ini, mahkamah telah menggugurkan (membatalkan) perintah SME untuk melupuskan kesahihan kontrak pengurusan ahli-ahliJYJ dengan C-JeS Entertainment. Mahkamah telah meluluskan sebuah perintah yang melarang sekatan SM untuk menghalang aktiviti dan kegiatan persendirian ahli-ahli JYJ pada Oktober 2009, dan sekarang telah dinyatakan dengan jelas bahawa SM tidak boleh mengawasi ahli-ahli JYJ, oleh itu SME tidak mempunyai peluang untuk memenangi kes saman yang asal.

Pada pendapat saya, keputusan ini merupakan penamat pada kepimpinan ‘kebapaan’ (patriarchal) pengerusi SME, Lee Soo Man. Teras padakepimpinan ini adalah sebuah strategi yang seakan-akan ‘mandi dengan air sejuk dan air panas’ (hot and cold bath): di mana selagi para penghibur itu berada dalam pagar lindungan (kawasan) SM, mereka akan dijaga dengan layanan yang terbaik sekali (malahan dia (Lee Soo Man) juga menyokong ahli-ahli kumpulan yang telah dibubarkan kerana mereka (kumpulan tersebut) tidak lagi popular, dan mengambil (mengupah) mereka bekerja sebagai guru vokal atau jurulatih tarian), tetapi sekali mereka meninggalkan SM, mereka akan terus dipulaukan dan dibiarkan seolah-olah mereka berada di Siberia. Melalui cara ini, dia berjaya memastikan para penghiburnya kekal berada dalam genggamannya.

Strategi ini mungkin telah berkesan untuk mengekalkan bintang idola berorientasikan syarikat pengurusan yang besar. Benar atau tidak, ia mungkin terjadi. Tetapi strategi tersebut kini telah pun melebihi tarikh luputnya. Dan benar atau tidak, ianya telah berlaku. Kini, di luar pagar perlindungan tersebut bukan lagi Siberia. Mereka mempunyai sebuah kelab peminat yang kukuh, dalam hal ini, JYJ memiliki kelab peminat yang kukuh secara sejagat.

Di sebalik sekatan penyiaran sebarang aktiviti dan kegiatan JYJ, hasil jualan runut bunyi dan album tidak pernah ketinggalan. Walaupun denganketiadaan syarikat pengurusan Jepun yang besar seperti AVEX, runut bunyi tema drama (OST) telah memberikan keuntungan yang lumayan dalam pasaran Jepun. Di luar daripada pasaran Jepun, SM tidak mempunyai rakan (sekutu) yang mesra. Yang ada hanyalah peminat global dan media-media asing yang akan mengkritik kontrak-kontrak yang tidak adil ini dan melanggar hak asasi manusia.

Kini adalah masanya bagi Pengerusi SM, Lee Soo Man untuk menukar contoh kepimpinannya. Disebabkan SME merupakan syarikat pengurusan terbesar yang mempunyai dua atau tiga kali ganda jumlah staf (pekerja) berbanding dengan JYP dan YG, ia mempunyai keadaan (situasi) yang unggul untuk menghasilkan bintang-bintang. Di Asia, ia (SME) telah membuka haluan bagi ‘Laluan Sutera Gelombang Korea’ (‘Korean Wave Silk Road’) yang telah membantu menghasilkan bintang-bintang gelombang Korea. Selaku rakan niaga Asia No.1 YouTube, SME telah melakukan sehabis baikdalam pertelingkahan ini. Oleh itu, ia memerlukan ‘strategi menang-menang’ (win-win strategy) berdasarkan pada keupayaan yang dinyatakan tadi.

Hakikat adalah kenyataan. Walaupun SME sedang menunggu keputusan tuntutan mahkamah yang asal, akibatnya adalah lebih menghampakan. Kini, SM harus melakar gambaran yang lebih besar (menyediakan pelan jangka masa panjang) dan menyatakan keputusan (pendirian) mereka dengan lebih tegas. SM harus melakar pelan supaya “StayingXeinQui” dan “LeavingXienQui” dapat bekerja bersama-sama dalam pasaran dunia dengan membetulkan bahagian-bahagian yang telah dinyatakan oleh mahkamah, melayan mereka seperti para artis dan mencadangkan (mengemukakan) perkongsian keuntungan yang bersesuaian. Ini adalah cara kepimpinan baru yang diperlukan oleh Pengerusi Industri (Hiburan) No.1, Lee Soo Man.

Terjemahan BM oleh ShaneDOT_Malaysia
Sumber: Blog Dogsul (Dogsul adalah seorang wartawan Korea yang penting dan dihormati)
Terjemahn oleh: @jyjholic2010
Kredit: JYJ
Link: http://jyj3.wordpress.com/2011/02/18/trans-110218-jyj-lawsuit-the-end-of-lee-soo-mans-patriarchal-leadership-by-dogsul/

Advertisements

About Kelsie Angeletti

Hello and welcome! A name is used to communicate an entire concept in a word or phrase; a sort of introduction if you will. After much contemplation I decided to name the blog "Miscellaneous Stuff” due to the nature of topics. Here you will find the wranglings of my heart and the thoughts of a girl as she proceeds throughout life. I invite you to join me as I write about “A Miscellaneous Life.”
This entry was posted in Bahasa Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s