DOTS25-Orang Awam Mengkritik Penolakan SM Terhadap Arahan Makamah

Terjemahan BM oleh ShaneDOT_Malaysia
Bacaan Pruf oleh RaiwadaDOT_Malaysia

Masyarakat berkata, “Sifat tamak hanya akan membawa kepada kemusnahan… Mereka (SM) seharusnya melakar pelan yang lebih besar (menyediakan pelan tindakan yang lebih baik)”

Pada 17 haribulan yang lalu, Pusat Daerah Seoul (Seoul Central District) telah menggugurkan segala dakwaan (injunksi) yang difailkan oleh SME bertentangan dengan keputusan mahkamah untuk menggantung kontrak mereka dengan JYJ (Jaejoong, Yoochun dan Junsu).

Sebagai respons terhadap keputusan mahkamah, SME menyangkal dakwaan ini dengan mengatakan mengatakan bahawa “pertarungan undang-undang (guaman) antara SM dan JYJ masih lagi belum tamat. Keputusan terbaru daripada pihak mahkamah hanyalah berdasarkan perintah (injunksi) tersebut dan tidak digunapakai pada pembatalan kontrak antara SM dan JYJ.”

SM juga turut mendakwa “tambahan pula, tuntutan mahkamah yang asal masih lagi dalam perbicaraan dan tarikh rayuan untuk kes ini akan bermula pada pertengahan bulan Mac. Kami akan menggunakan tuntutan mahkamah yang asal untuk menyiasat secara objektiif segala fakta dan kebenaran tentang kesahihan kontrak syarikat kami dengan JYJ”

Walau pun begitu, kenyataan dibuat oleh SM itu telah menimbulkan kritikan dalam kalangan para peminat K-pop. Kritikan tersebut bukan sahaja datang daripada para peminat JYJ, tetapi juga datang daripada orang awam, yang secara tidak langsung turut memberi tekanan besar terhadap SME. Kebanyakan pendapat berpunca daripada pegangan bahawa SM perlu melihat kembali masalah sebenar.

Kritikan yang paling kasar yang dilontarkan terhadap SME kebanyakannya datang daripada jaringan laman-laman sosial.

Sebagai repons kepada percubaan lemah SM untuk mengurangkan kepentingan keputusan terbaru mahkamah, seorang pengguna Twitter (Tweeterian) berkata bahawa “SM adalah seperti namanya (Sadistik [Zalim]dan Masokistik [Penderaan Diri]) akan berterusan untuk mendera JYJ.” Seorang pengguna Twitter yang lain pula dengan lancarnya menyindir dengan mengatakan bahawa, “SM adalah sebuah syarikat pengurusan penghendap”

Professor Shim YoungSup, seorang pengkritik filem juga telah menyuarakan pendapatnya melalui ‘tweet’ beliau yang berbunyi “Adakah SM akan benar-benar akur dengan keputusan mahkamah? Jika SM terus-terusan menghalang JYJ dan enggan patuh terhadap arahan pihak mahkamah, bukankah para peminat juga menyaman boleh SM?”

Seorang Tweeterian menegaskan, “bahkan batu yang besar juga boleh merekah dan pecah titisan-titisan air berterusan menitik di atasnya. Saya percaya bahawa keputusan mahkamah pada hari ini bukan sahaja mampu untuk memecahkan batu besar yang dinamakan SM itu, tetapi juga sebagai lembaran baru bagi membina sebuah industri K-pop yang lebih bersih.”

Melalui pelbagai laman sesawang yang lain, para pengguna internet (Netizen) juga mneyatakan bahawa, “para artis tidak boleh hanya dianggap sebagai produk, sebaliknya, kita memerlukan prinsip/sikap hormat akan hak-hak dan maruah para selebriti.” Selain itu, mereka juga menambah bahawa “sifat tamak yang semakin bertambah hanya akan mengundang kepada kemusnahan. Kami berharap bahawa SM, sebagai salah satu daripada wakil syarikat pengurusan Korea, tidak akan dengan tanpa berfikir panjang berterusan untuk mencambahkan rasa ketidakpercayaan masyarakat terhadap pandangan sempit mereka.”

Di samping itu pendapat-pendapat tersebut, kami tertarik dengan suara-suara yang mengkritik tentang kepimpinan lapuk SM yang bersifat kebapaan (patriarkal) dan pendapat-pendapat yang mengatakan bahawa pentingnya untuk menyusun semula industri hiburan (Korea) supaya lebih berstruktur menarik perhatian pihak kami. Ada juga pendapat yang menuntut untuk memperkenalkan sebuah cara pengurusan baru yang lebih berkesan dan mengubah keseluruhan sistem (pengurusan).

Sumber: Nate + TodayKorea
Kredit: jyj3
Pautan: http://jyj3.wordpress.com/2011/02/19/news-the-public-criticizes-sms-rebuttal-to-the-courts-decision/
Terjemahan asal oleh: withjyj ( @_withjyj )

Advertisements

About Kelsie Angeletti

Hello and welcome! A name is used to communicate an entire concept in a word or phrase; a sort of introduction if you will. After much contemplation I decided to name the blog "Miscellaneous Stuff” due to the nature of topics. Here you will find the wranglings of my heart and the thoughts of a girl as she proceeds throughout life. I invite you to join me as I write about “A Miscellaneous Life.”
This entry was posted in Bahasa Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s