DOTS21-Mahkamah Pusat Daerah Seoul (Seoul Central District Court) menggugurkan perintah (injunksi) SME menentang JYJ

Pada 17 Februari yang lalu, Mahkamah Pusat Daerah Seoul telah menggugurkan kedua-dua kes saman yang difailkan oleh SM Entertainment terhadap JYJ.

Imbas kembali, SM Entertainment telah mengfailkan sebuah bantahan pada 27 Oktober 2009, dengan mengatakan bahawa arahan daripada Mahkamah Pusat Daerah Seoul (Seoul Central District Court) untuk menghalang mereka (SM) daripada campur tangan dalam aktiviti-aktiviti individual JYJ adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Mahkamah telah pun menolak permohonan bantahan perintah (injuksi) dengan mengatakan, “Kontrak eksklusif antara SM dan JYJ memaksa para selebriti untuk menjadi orang bawahan kepada agensi tanpa sebarang budi bicara. JYJ tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mengikut arahan SM disebabkan pangkat mereka sebagai orang bawahan yang terpaksa bekerja di bawah kuasa SM. Sebuah kontrak bawahan yang memakan masa jangka yang lama tidak boleh dibenarkan dengan alasan risiko pelaburan yang diambil oleh pihak agensi, dan juga kemajuan antarabangsa.”

Mereka turut menyambung, “Selain daripada terma kontrak yang memakan masa lama, keupayaan SM untuk mengawasi dan mengarahkan setiap pergerakan yang dilakukan oleh JYJ, serta klausa (dalam kontrak) yang menyatakan bahawa JYJ harus membayar jumlah ganti rugi hanyalah menguatkan lagi posisi JYJ sebagai orang bawahan dalam kontrak, maka perintah (injunksi) tersebut adalah tidak sah.”

Berkenaan dengan perintah (injunksi) kedua yang difailkan okeh SM Entertainment, yang meminta mahkamah untunk menggantung kontrak antara JYJ dan C-JeS Entertainment, mahkamah membalas dengan mengatakan bahawa perintah (injunksi) itu adalah tidak sah memandangkan SM Entertainment telah pun diarahkan pada 27 Oktober 2009, supaya tidak masuk campur dalam aktiviti-aktiviti individual JYJ, maka, secara tidak langsung perintah (injunksi) SM itu juga telah turut melanggar perintah mahkamah.

Baek Chang Ju, CEO CJES Entertainment memberi komen bahawa, “Kami menganggap ia sebagai satu kemenangan di pihak yang benar dan berharap aktiviti mereka (JYJ) tidak lagi akan dihalang dengan tuduhan-tuduhan yang dipaksa-paksa/dibuat-buat mengenai kontrak bertindan. Kami akan bekerja keras hanya untuk menampilkan sisi terbaik JYJ kepada orang awam. Saya juga ingin berterima kasih kepada JYJ dan juga semua staf kerana berterusan melawan dalam perjuangan yang memenatkan menentang Goliath ini.” (T/N: Goliath – seorang pahlawan yang besar dan menggerunkan tetapi berjaya ditumpaskan oleh David, seorang anak kecil yang masih muda)

Kesimpulannya, kontrak eksklusif antara JYJ dan SM adalah tidak sah, dan aktiviti-aktiviti individu JYJ adalah sah di sisi undang-undang.

[KEMASKINI]

Wakil daripada SM Entertainment menyatakan dalam keputusan pihak mahkahmah, “Pertarungan undang-undang antara SM dan JYJ masih belum tamat lagi. Keputusan mahkamah ini hanya berdasarkan perintah-perintah (injunksi) tersebut, ini tidak bermakna kontrak eksklusif antara JYJ dan SM adalah tidak sah. Kes saman yang asal masih lagi sedang berjalan dan tarikh bagi rayuan adalah di antara pertengahan bulan Mac. Melalui kes saman yang asal, kebenaran akan disiasat dan kami akan bekerja keras untuk memastikan bahawa kontrak mereka masih lagi sah.”

Terjemahan BM oleh ShaneDOT_Malaysia
Sumber Asal: Newsen, E Daily, World Journal, Sports Chosun via Daum
Kredit Terjemahan BI: Allkpop
Pautan: http://thejyjfiles.wordpress.com/2011/02/17/re-post-seoul-central-district-court-dismisses-both-of-sme%E2%80%99s-injunctions-against-jyj/

————————————————————————————

Mahkamah menggugurkan segala perintah (injunksi) SM & “Menjamin Secara Sah segala kegiatan individu JYJ”

Mahkamah Pusat Daerah Seoul telah menggugurkan segala bantahan formal terhadap perintah (injuksi) JYJ dan juga perintah penggantungan kontrak eksklusif yang difailkan oleh SM Entertainment terhadap ahli-ahli JYJ, Kim Jaejoong, Park Yoochun dan juga Kim Junsu.

Pada 17 haribulan yang lalu, pihak mahkamah telah mengumumkan bahawa mereka telah menggugurkan segala tuntutan yang difailkan oleh SM Entertainment, iaitu bantahan formal agensi tersebut terhadap perintah (injunksi) JYJ dan juga perintah (injunksi) yang ingin menggantung kontrak eksklusif mereka (JYJ).

Ini bermakna bahawa pihak mahkamah telah menekankan keputusan bahawa kontrak yang ditandatangani oleh ahli-ahli JYJ dan SM adalah tidak sah dan segala aktiviti individu mereka (JYJ) adalah dijamin. Mereka juga mempublisitikan bahawa SM Entertainment tidak boleh masuk campur dalam aktiviti-aktiviti industri hiburan JYJ dengan alasan bahawa kontrak mereka (JYJ) dengan agensi tersebut (SME) adalah masih sah.

Mahkamah telah membuat keputusan bahawa bantahan formal SM Entertainment adalah tidak sah berdasarkan perkara-perkara berikut:

▲ Dalam persoalan kontrak eksklusif, ia boleh dikategorikan sebagai sebuah kontrak submisif kerana kontrak tersebut tidak memberikan kebebasan kepada para selebriti untuk membuat pilihan dan sebaliknya memaksa para selebriti untuk mengikut segala arahan daripada agensi hiburan.

▲ Ahli-ahli JYJ tidak dapat berbuat apa-apa melainkan mengikut segala arahan SM memandangkan mereka berada dalam keadaan yang kurang sesuai berbanding SM dalam soal perundingan kuasa

▲ Kontrak eksklusif jenis orang bawahan dalam jangka masa panjang yang ekstrem ini tidak boleh dibenarkan dengan prateks termasuklah pengurangan risiko pelaburan dan memastikan kemasukan yang stabil dalam pasaran luar.

▲ Selain daripada kontrak eksklusif jangka masa panjang jenis ini, klausa-klausa yand mana memberi SM Entertainment pengawasan secara terus akan segala pergerakan JYJ serta bayaran pampasan yang berlebihan yang harus dibayar oleh JYJ jika mereka melanggar atau menghentikan kontrak, menguatkan lagi sifat submisif kontrak ini dan secara tidak langsung meletakkan JYJ dalam kedudukan yang merugikan.

Berkenaan dengan injunksi yang difailkan SM untuk menggantung kontrak yang ditandatangani antara ahli-ahli JYJ dan C-JeS Entertainment, mahkamah telah menggugurkan perintah (injuksi) tersebut dengan menyatakan:

▲ Selagi keputusan mahkamah yang dibuat pada Oktober 2009, termasuk keputusan bahawa SM tidak boleh masuk campur dalam aktiviti persendirian JYJ dalam bidang hiburan masih sah, permintaan SM untuk menggantung kesahihan kontrak komisyen bisnes yang telah ditandatangani antara ahli-ahli JYJ dan C-JeS Entertainment adalah tidak dibenarkan, kerana permintaan tersebut secara tidak langsung bertentangan dengan keputusan mahkamah yang telah dinyatakan sebelumnya.

▲ Dan mahkamah juga menekankan bahawa SM tidak boleh melakukan sebarang pengawasan secara terus/langsung terhadap aktiviti-aktiviti JYJ dalam industri hiburan buat masa ini, memandangkan kuasa pengawasan tersebut pernah diberikan kepada mereka (SME) dalam kontrak eksklusif.

Terjemahan BM oleh ShaneDOT_Malaysia
Sumber Asal: osen+DNBN
Kredit Terjemahan BI: jeeelim5@tohosomnia.net
Pautan: http://thejyjfiles.wordpress.com/2011/02/17/re-post-seoul-central-district-court-dismisses-both-of-sme%E2%80%99s-injunctions-against-jyj/

Advertisements

About Kelsie Angeletti

Hello and welcome! A name is used to communicate an entire concept in a word or phrase; a sort of introduction if you will. After much contemplation I decided to name the blog "Miscellaneous Stuff” due to the nature of topics. Here you will find the wranglings of my heart and the thoughts of a girl as she proceeds throughout life. I invite you to join me as I write about “A Miscellaneous Life.”
This entry was posted in Bahasa Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s