Bahasa Malaysia

Kepada peminat JYJ dari serata penjuru dunia,

Hello!

Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa JYJ DOTS Antarabangsa akan memulakan langkah pertama pada hari ini dengan menghubungkan peminat JYJ dari serata dunia.

Jaejoong, Yoochun, Junsu- idola kita yang berharga – yang telah menjadi kesayangan kita selama lebih dari 7 tahun.Peminat antarabangsa malangnya mengalami kesukaran untuk mendapatkan maklumat disebabkan oleh halangan bahasa dan kurangnya komunikasi antara peminat daripada setiap negara. Bagi peminat yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, mereka boleh melayari laman web dan blog hiburan K-pop dalam Bahasa Inggeris. Namun bagi kebanyakan peminat yang tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, mereka terpaksa terikat dengan komuniti domestik kecil mereka sendiri. Seringkali mereka terlepas banyak peluang keemasan untuk menikmati keunikan karisma JYJ yang tersendiri. Kekurangan informasi juga menyebabkan para peminat terdedah dengan pelbagai khabar angin.

Untuk menyelesaikan masalah ini, pengambilan bagi memilih calon JYJ DOTS Antarabangsa telah diumumkan pada minggu lepas. JYJ DOTS Antarabangsa adalah jaringan peminat JYJ yang berdedikasi untuk menyampaikan maklumat kepada peminat yang tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris di seluruh dunia.

Daripada 103 permohonan daripada 28 buah negara, hanya 29 orang DOTS yang berjaya terpilih untuk sesi pertama.

Ahli sesi pertama DOTS datang daripada 18 buah negara dan menggunakan 14 bahasa.

Sesi pertama (Jan 24 ~ March 15) finalis DOTS:

negara
nama: DOT id

Argentina
Bom-i: BomiDOT_Argentina
Shizu: ShizuDOT_Argentina
Joker: JokerDOT_Argentina
Pierrot: PierrotDOT_Argentina

Croatia
Ruby: RubyDOT_Croatia

France
Yuki-chan: YukichanDOT_France
Kenoa: KenoaDOT_France
Marie: MarieDOT_France

Indonesia
Yiru: YiRuDOT_Indonesia
Rie: rieDOT_Indonesia

Japan
Nisei: NiseiDOT_Japan

Korea
Eugene: EugeneDOT_Korea

Malaysia
Raiwada: RaiwadaDOT_Malaysia,
ailovemocha: aiDOT_Malaysia

MauritiusIsland

Sandra: SandraDOT_Mauritius Island

Mexico
Hazuki Jung: HazukiDOT_Mexico

Peru

Isa: IsaDOT_Peru

Puerto Rico
Ingrid: IngridDOT_Puerto_Rico

Philippines
Summer: summerDOT_Philippines

Singapore
mjjejesupporter: LyaDOT_singapore

Spain
Marta: blue~AkaneDOT_Spain

Thailand
3rebelangels: PobkyDOT_Thailand
minnappe: minnappeDOT_Thailand

Turkey
Esra: EsraDOT_Turkey

Vietnam
Crystal Anh: CrystalDOT_Vietnam
K: KDOT_Vietnam

USA
Melissa: MelissaDOT_USA
music_6: MusicDOT_USA

DOT yang mahu merahsiakan negara asal mereka ^^
Min: MinDOT_Intl

Kami berusaha sedaya upaya sebagai penyampai maklumat, atau DOTS, untuk menyebarkan maklumat di serata ceruk dunia – di mana jua asalkan ada peminat JYJ.

Dalam masa terdekat, kami akan mewujudkan sebuah laman web dengan pelan aktiviti dan pelan penambahan ahli.

1. Tugas DOTS:

Kami menyampaikan maklumat mengenai JYJ dan menyelaraskan projek antarabangsa untuk mempromosikan aktiviti kesenian mereka dan mempertahankan mereka daripada khabar angin yang tidak berasas dan munasabah dengan maklumat yang benar, sahih dan boleh dipercayai.

2. DOTS bukanlah:

Kami BUKAN wakil daripada negara kami masing-masing. Kami juga bukan blogger ternama, presiden kelab peminat mahupun pemilik kepada mana-mana laman peminat.

3. DOTS adalah:

Kami hanyalah titik-titik kecil; sebagai penyampai maklumat yang cuba membantu menghubungkan peminat-peminat antarabangsa JYJ dengan berkongsi projek-projek antarabangsa dan maklumat tentang mereka. Pengumuman rasmi akan diumumkan dalam 11 bahasa untuk laman web peminat bagi setiap negara dengan tandatangan dan hak cipta DOTS. Hanya pengumuman yang diluluskan secara rasmi sahaja yang akan mempunyai tandatangan DOTS, dan setiap individu DOTS tidak akan menggunakan nama DOTS untuk meluahkan idea individu itu sendiri.

Pengambilan DOTS sesi seterusnya akan diadakan pada bulan Mac.

Jika negara anda tidak berada dalam senarai di atas dan anda berminat untuk menyertai kami, sila hantarkan email kepada kami.

Peminat JYJ dari negara China dan Jepun sedang dicari.

<Hubungi kami>

Blog Rasmi https://jyjdotsinternational.wordpress.com

Facebook Fanpage Rasmi http://www.facebook.com/pages/JYJ-DOTS-Int…186611598034948

Email Rasmi jyjdotsinternational@gmail.com

Twitters untuk setiap bahasa

Ibu Pejabat @JYJDOTS_intl

Chinese @JYJDOTSch

Croatian @JYJDOTShr

Filipino @JYJDOTSpinoy

French @JYJDOTSfr

Indonesian @JYJDOTSid

Japanese @JYJDOTSjp

Korean @JYJDOTSkr

Malay @JYJDOTSmy

Spanish(Spain) @JYJDOTSes

Spanish(Latin America) @JYJDOTSspLA

Thai @JYJDOTSth

Turkish @JYJDOTStr

Vietnamese @JYJDOTSvn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s